Laman Utama | Siapa Kami | Pakej Percutian | Tempahan | Hubungi Kami

Pakej:                4 HARI 3 MALAM BANGKOK/PATTAYA
Departure:          TBA
Rate Per Person:  RM1,480.00
Hotel Used:         J.L. Bangkok Hotel / Howard Square Boutique Hotel/Setaraf
                 
HARGA TERMASUK:
Tiket penerbangan pergi dan balik
Penginapan di hotel 3 Bintang ( Twin Sharing), Lawatan, makan/minum seperti dlm aturcara, tiket masuk (jika ada), Tip, insuran berkumpulan  
TIDAK TERMASUK:
Perbelanjaan peribadi
Bayaran beg serahan kaunter
Lebihan berat bagasi
Cukai barangan di Airport
Perkara Yang Tidak dinyatakan

CADANGAN ATURCARA
(Aturcara ini adalah cadangan sahaja dan mungkin berubah mengikut kesesuaian)

Hari 01 Kuala Lumpur – Bangkok
                                    (MM)

Berlepas dari LCCT.Setibanya di Bangkok anda akan disambut wakil kami dan terus dibawa ke masjid yang terkenal di Bangkok dan terus check in hotel. Aktiviti bebas dan kemudian anda akan di bawa makan malam di restoran muslim tempatan. Selepas makan malam peserta diberi peluang melawat Suan Lum Night Market untuk melihat sendiri cara masyarakat tempatan menjalankan perniagaan mereka di sana. Bermalam di Bangkok.

Hari 02 Bangkok - Pattaya                                             (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, check out hotel. Lawatan pertama dimulakan dengan melawat salah satu sungai yang terkenal untuk sejarah Thailand dan menjadi sebutan ramai iaitu Sungai Chao Phraya yang panjangnya kira-kira 370 km. Kemudian, peserta dibawa makan tengahari di restoran Muslim tempatan. Selepas itu, perjalanan diteruskan ke Pattaya dan dalam perjalanan peserta akan dibawa melawat Sriracha Tiger Zoo. Check-in hotel. Makan malam di restoran Muslim tempatan. Selepas makan malam peserta dibawa pula ke Walking Street Pattaya yang merupakan kawasan paling meriah pada waktu malam di Pattaya dan disini terdapat pelbagai kedai jualan seperti kasut, baju, perhiasan dan pelbagai lagi. Bermalam di Pattaya

Hari 03 Pattaya - Bangkok                                             (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, check out hotel dan anda akan di  bawa menaiki bot ke Koh Laan atau lebih dikenali dengan “Coral Island”. Separuh hari di sana boleh dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti pantai seperti water ski, parasailing, jet ski dan juga banana boat (optional). Selepas itu, bertolak ke Nong Nooch Village untuk melihat pelbagai persembahan kebudayaan Thailand dan makan tengahari juga di Restoran Nong Nooch. Pada sebelah petang pula peserta dibawa melawat The Dark Ride Theme Park iaitu pusat pameran batu-batu permata. Selepas itu, terus bertolak ke Bangkok dan bolehlah membeli-belah sehingga petang. Makan malam di restoran Muslim tempatan. Bermalam di Bangkok.   

Hari 04 Bangkok – Pattaya                                             (SP)
Sarapan pagi di hotel dan anda bebas melakukan aktiviti persendirian sehingga tibanya waktu peserta akan di bawa ke Lapangan Terbang untuk berlepas ke Malaysia.

kembali ke laman utama