Laman Utama | Siapa Kami | Pakej Percutian | Tempahan | Hubungi Kami

Pakej:                4 HARI 3 MALAM CHIANGMAI
Departure:          TBA
Rate Per Person:  RM1,480.00
Hotel Used:         Lotus PSK***/Setaraf
                 
HARGA TERMASUK:
Tiket penerbangan pergi dan balik
Penginapan di hotel 3 Bintang ( Twin Sharing), Lawatan, makan/minum seperti dlm aturcara, tiket masuk (jika ada), Tip, insuran berkumpulan  
TIDAK TERMASUK:
Perbelanjaan peribadi
Bayaran beg serahan kaunter
Lebihan berat bagasi
Cukai barangan di Airport
Perkara Yang Tidak dinyatakan

CADANGAN ATURCARA
(Aturcara ini adalah cadangan sahaja dan mungkin berubah mengikut kesesuaian)

HARI 01 KUALA LUMPUR - CHIANGMAI                         (L/D)
Berkumpul di LCCT 2 jam sebelum masa berlepas. Tiba di Chiangmai, peserta disambut oleh wakil kami dan dibawa melawat ke ChiangMai Zoo, masa bebas untuk melihat pelbagai haiwan haiwan disini dikelilingi oleh lanskap yang sungguh menarik, peserta kemudiannya akan di bawa ke hotel, check in dan bermalam di Chiangmai, makan tengahari dan malam di restoran muslim.

HARI 02 CHIANGMAI                                                     (B/L/D)
Selepas sarapan, melawat ke Elephant Camp, disini peserta boleh melihat pelbagai aksi dan menaiki gajah, kemudian ke Orchid Farm dan melawat ke Royal Flora Garden  yang merupakan kebun orkid terbesar di Chiangmai. Melawat ke Handycraft Centre merupakan pusat seni kraftangan tempatan antaranya kain sutera, hasil ukiran kayu, perak dan juga seni pembuatan payung kertas, payung kertas beraneka warna dan corak ini amat sesuai dijadikan cenderahati untuk dibawa pulang. Makan tenaghari dan solat, lawatan diteruskan ke “World Largest Gems Gallery’ peserta boleh melihat bagaimana cara batu permata dipotong, dicuci sehingga menjadi sangat menarik. Peserta diberi masa bebas untuk membeli barangan kemas yang amat tinggi kualitinya disini. Makan malam dan kembali ke hotel. Sambung shopping di Night Market yang terletak berhampiran hotel.

HARI 03 CHIANGMAI / CHIANGRAI                                  (B/L/D)
Selepas sarapan, bertolak ke bandar Chiangrai, singgah di Hot Spring, anda boleh mengambil kesempatan berehat sambil merendam kaki disini, kawasan ini juga amat terkenal dengan kedai kedai menjual batu permata pelbagai jenis, sambung lawatan ke Golden Triangle, kawasan yang mengabungkan sempadan tiga buah negara iaitu Thailand, Burma dan Laos. Saksikan kawasan ini dari tepi Sungai Mekong. Masa bebas membeli belah di Maesai, merupakan tempat membeli belah terkenal yang terletak di sempadan Thailand – Myanmar ini. Melawat ke sebuah tarikan pelancongan terbaru disini iaitu Wat Rung Khun, yang digelar Taj Mahal Of Thailand, di Sebelah petang kembali ke Chiangmai. Sambung shopping di Night Market yang terletak berhampiran hotel

Hari 04  CHIANGMAI/ KUALA LUMPUR                                (B)                                 
Sarapan pagi di hotel dan anda bebas melakukan aktiviti persendirian sehingga tibanya waktu peserta akan di bawa ke Lapangan Terbang untuk berlepas ke Malaysia.

kembali ke laman utama