4 HARI 3 MALAM HO CHI MINH (SAIGON), VIETNAM
Departure:
         TBA
Rate
Per Person:  RM1,480.00
Hotel
Used:         Kingston
Hotel/Similar 
 
           
    
HARGA TERMASUK: 
Tiket penerbangan pergi dan balik 
Penginapan
di hotel 3 Bintang ( Twin Sharing), Lawatan, makan/minum seperti dlm
aturcara, tiket masuk (jika ada), Tip, insuran
berkumpulan   | 
 
 
 | 
TIDAK TERMASUK: 
Perbelanjaan peribadi 
Bayaran beg serahan kaunter 
Lebihan berat bagasi 
Cukai barangan di Airport 
Perkara Yang Tidak dinyatakan 
 | 
 
 
 | 
Cadangan
Aturcara
Hari 01
    Kuala Lumpur - Saigon (MT/MM)
Berlepas
dari LCCT.Setibanya di Bandar Ho Chi Minh anda akan dibawa makan
tengahari dan dalam perjalanan anda akan diberi keterangan mengenai
Bandar Ho Chi Minh. Kemudian anda daftar masuk hotel dan makan malam.
Hari 02
    Terowong Chu Chi – Ben Thanh Shopping
(SP/MT/MM)
Selepas
sarapan di hotel, lawatan diteruskan ke Terowong Chu Chi dimana ia
digunakan sebagai kubu perang Vietnam dahulu. Anda boleh menimba
pengalaman menembak menggunakan senjata api berpeluru hidup dengan
bayaran tertentu. Setelah balik ke HCM City anda dibawa makan tengahari
di restoran tempatan dan kemudian akan ke War Museum. Pada sebelah
petang anda akan dibawa membeli belah di Ben Thanh Market yang
mempunyai pelbagai barang-barang perhiasan yang diperbuat dari emas
hingga ke kayu-kayan.   
Hari 03
    My Tho City – Free Shopping (SP/MT/MM)
Selepas
sarapan, anda akan di bawa melawat ke My Tho City  dan dibawa
menaiki sampan panjang melalui Sungai Mekong dan melawat dusun
buah-buahan. Anda akan dijamu dengan buah-buahan mengikut musim ketika
itu dan juga diberi minuman istimewa (teh dicampur madu). Sambil itu
alunan muzik tradisional akan dimainkan. Kemudian lawatan diteruskan ke
Ben Tre Province iaitu ladang ternakan lebah dan makanan berasaskn
kelapa. Makan tengahari di HCM dan pada sebelah petang anda boleh
membeli belah di Vi Anh Boutique dan juga Ben Thanh Market.
Hari 04
    Saigon – Kuala Lumpur (SP)
Selepas sarapan, anda bebas dengan atucara sendiri sementara menunggu
penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.